Ikutilah kami:
 JimatCermat.my

Pengangkutan & Perjalanan

AirAsia X - Promosi Beli 1 Percuma 1 Tiket Penerbangan (5 - 9 Jun 2013)

mb-buy1-free1-myms

AirAsia X - Promosi Beli 1 Percuma 1 tiket Penerbangan (5 - 9 Jun 2013)
Kelemahan : Penerbangan ke Busan, Taipei, Perth, Tokyo, Gold Coast, dan Sydney sahaja.

Tempoh Tempahan : 5 (dari pukul 12 pm ke atas) sehingga 9 Jun 2013
Tempoh Perjalanan :
1 Julai 2013 to 30 April 2014 - Taipei, Perth, Tokyo, Gold Coast, dan Sydney
15 Julai hingga 30 April 2014 - Busan
Nota Promosi :
- Tempahan awal digalakkan.
- Tambang tidak tersedia pada tempoh embargo.
- Tambang yang tertera adalah tambang untuk dua orang.
- (*) Tempoh bagi penerbangan ini bermula dari 15 Julai 2013.
airasia X
Lawati AirAsia X
Bawa rakan anda untuk turut serta kerana AirAsia X menawarkan Beli 1 Percuma 1 tiket penerbangan terhad bermula dari 5 hingga 9 Jun 2013! Tetapi sebelum anda mula melompat kegembiraan, kami ingin menyatakan bahawa AirAsia X melakukan promosi yang sama seperti yang  terdahulu, dan promosi tu lebih kepada diskaun yang besar dan bukan promosi Beli 1 Percuma 1. Jadi kami menjangkakan bahawa promosi kali ini mempunyai harga yang lebih kurang sama (lihat kajian kami di sini!). Promosi ini akan bermula pada 5 Jun 2013 pukul 12.00 tengahari, jadi cepat-cepatlah mendapatkan tiket pada harga promosi ini kerana AirAsia X memang suka menggunakan strategi  "Siapa cepat dia dapat" bagi tiket murah mereka.
Malangnya, tiket ke destinasi seperti Osaka atau Melbourne tidak terdapat dalam tawaran ini. Sebaliknya, promosi Beli 1 Percuma 1 ini hanya sah untuk penerbangan ke Busan, Taipei, Perth, Tokyo, Gold Coast dan Sydney. Jadi berapa banyak bolehanda jimat dengan promosi ini? Mari kita lihat:
Contoh 1: Trip pergi dan balik dari Kuala Lumpur ke Busan
Harga biasa bagi tiket sehala dari Kuala Lumpur ke Busan untuk dua orang ialah RM998.00. Anda boleh mendapat tiket harga promosi untuk seorang iaitu RM149.50 manakala RM299.00 untuk dua orang, jadi anda boleh berjimat sebanyak RM699.00. Tapi, tiket pada harga tersebut amatlah terhad. Anda boleh mendapat tiket balik ke Kuala Lumpur hanya pada harga RM438.00 untuk seorang manakala harga untuk dua orang ialah RM876.00 jika dibandingkan dengan tiket harga biasa iaitu RM1,076.00 untuk dua orang, menjimatkan anda sebanyak RM200.00; tiket bagi harga tersebut adalah terhad dan boleh didapati pada tarikh tertentu sahaja. Harus diingat bahawa tiket promosi ke Busan adalah bermula pada 15 Julai 2013. Ringkasnya, jumlah harga tiket balik anda menjadi serendah RM299.00 + RM876.00 = RM1,175.00.
Contoh 2: Trip pergi dan balik dari Kuala Lumpur ke Taipei
Harga promosi bagi tiket sehala untuk dua orang ke Taipei amat sukar dicapai tetapi harga lain yang terendah ialah RM399.00. Harga biasa bagi tiket sehala ke Taipei ialah RM1,038.00 untuk dua orang. Jadi, dengan harga tersebut anda boleh berjimat sebanyak RM639.00. Untuk tiket balik, kita boleh memperolehi tiket dengan harga serendah iaitu RM474.00 untuk dua orang  manakala harga biasa tiket balik untuk dua orang ialah RM1,274.00, jika anda mendapat tiket pada harga RM474.00 anda boleh jimat sebanyak RM800.00. Ringkasnya, jumlah tiket pergi dan balik anda ke Taipei menjadi serendah RM399.00 + RM474.00 = RM873.00.
Contoh 3: Trip pergi dan balik dari Kuala Lumpur ke Perth
Jika anda ingin melancong ke Perth khususnya, harga promosi untuk dua orang ialah RM499.00. Harga biasa bagi tiket penerbangan ialah RM1,178.00 (anda jimat sebanyak RM679.00). Untuk tiket penerbangan balik ke Kuala Lumpur, anda boleh memperolehi tiket serendah RM581.00 untuk seorang manakala RM1,162.00 untuk dua orang; harga tiket biasa ialah RM1,482.00 untuk dua orang, jadi anda boleh berjimat sebanyak RM320.00. Secara ringkasnya, jumlah harga tiket pergi dan balik anda ke Perth menjadi serendah RM499.00 + RM1,162.00 = RM1,661.00.
Contoh 4: Trip pergi dan balik dari Kuala Lumpur ke Tokyo-Haneda
Jika anda ingin pergi ke Tokyo-Haneda dari Kuala Lumpur, harga promosi bagi tiket sehala ialah RM249.50 untuk seorang manakala RM499.00 untuk dua orang. Tapi harga tersebut sukar dicapai dan harga kedua terendah ialah RM399.00 untuk seorang dan RM798.00 ialah tiket untuk dua orang. Harga biasa bagi tiket sehala ke Tokyo-Haneda ialah RM1,178.00 untuk dua orang. Jadi, dengan harga promosi anda boleh berjimat sebanyak RM679.00. Untuk tiket balik, kita boleh memperolehi tiket dengan harga serendah RM1,332.00 untuk dua orang tetapi tiket tersebut juga sangat terhad dan boleh didapati pada tarikh tertentu sahaja. Harga biasa bagi tiket balik untuk dua orang ialah RM1,532.00, jika anda mendapat tiket pada harga RM1,332.00 anda boleh jimat sebanyak RM200.00. Ringkasnya, jumlah tiket pergi dan balik anda ke Tokyo-Haneda menjadi serendah RM499.00 + RM1,332.00 = RM1,831.00.
Contoh 5: Trip pergi dan balik dari Kuala Lumpur ke Gold Coast
Peliknya, harga promosi tak dinyatakan untuk dua orang ke Gold Coast dan hanya terdapat harga biasa iaitu pada harga RM839.00 untuk seorang manakala harga untuk dua orang ialah RM1,678.00. Untuk tiket penerbangan balik ke Kuala Lumpur, anda boleh memperolehi tiket serendah RM659.00 untuk seorang manakala RM1,318.00 untuk dua orang; harga tiket biasa ialah RM1,718.00 untuk dua orang, jadi anda boleh berjimat sebanyak RM400.00. Secara ringkasnya, jumlah harga tiket pergi dan balik anda ke Gold Coast menjadi serendah RM1,678.00 + RM1,318.00 = RM2,996.00.
Contoh 6: Trip pergi dan balik dari Kuala Lumpur ke Sydney
Harga promosi untuk seorang ke Sydney ialah RM299.00 dan harga untuk dua orang ialah RM598.00. Harga biasa bagi tiket penerbangan ke Sydney ialah RM1,658.00 untuk dua orang (anda jimat sebanyak RM1,060.00). Untuk tiket penerbangan balik ke Kuala Lumpur, anda boleh memperolehi tiket serendah RM715.00 untuk seorang manakala RM1,430.00 untuk dua orang; harga tiket biasa ialah RM1,930.00 untuk dua orang, jadi anda boleh berjimat sebanyak RM500.00. Secara ringkasnya, jumlah harga tiket pergi dan balik anda ke Sydney menjadi serendah RM598.00 + RM1,430.00 = RM2,028.00. Secara keseluruhannya, harga promosi yang dinyatakan bagi contoh-contoh di atas adalah harga promosi bagi dua orang sahaja. Harus diingat bahawa anda hanya akan mendapat harga promosi ini jika anda membeli dua tiket dalam setiap pembelian.
Promosi berakhir? Kenapa tidak menggunakan Panduan Perbandingan Tiket yang telah kami sediakan dalam laman web versi Inggeris kami, savemoney.my, dan lihat jika AirAsia menawarkan tiket yang paling murah bagi tarikh yang anda inginkan? Kadar tambang boleh berubah mengikut kadar harian biasa dengan perancangan yang baik ( tidak digalakkan memilih tempoh masa yang terlalu sibuk), akhirnya anda boleh jimat beratus ringgit dengan usaha yang minimum!

 

Comments

Tagged , , ,

Tell your friends!

DARTH SAVER PERLUKAN MAKANAN
+1 kami di Google+