Ikutilah kami:
 JimatCermat.my

Pengangkutan & Perjalanan

AirAsia – Promosi Tambang Murah ke Indonesia (sehingga 5hb Mei 2013)

airasia indonesia sale

AirAsia – Tiket Murah Terhebat ke Indonesia (sehingga 5hb Mei 2013)
kekurangan: Tempat duduk terhad; Tarikh penerbangan terhad.

Tempoh Tempahan: 29hb April – 5hb Mei 2013.
Tempoh Penerbangan: 1hb Mei – 30hb April 2014.
Nota:
1. Tempahan awal adalah digalakkan.
2. Tidak termasuk cukai embargo.
airasia logo
Lawati AirAsia
Merancang percutian ke Indonesia? Ini adalah promosi daripada AirAsia iaitu Jualan Tiket Murah ke Indonesia yang boleh membantu anda berjimat untuk tiket kapal terbang anda. Tambahan lagi, promosi ini secara keseluruhannya hampir sama dengan promosi sebelum ini. Sila baca pendapat kami untuk melihat sama ada pada kali ini anda boleh berjimat.
Contoh 1: Trip pergi dan balik dari Kuala Lumpur ke Bali
Harga biasa bagi tiket sehala dari Kuala Lumpur ke bali ialah RM307.00. Anda boleh mendapat tiket harga promosi iaitu RM119.00, jadi anda boleh berjimat sebanyak RM118.00, tetapi tiket pada harga tesebut amatlah terhad. Kelas harga yang seterusnya ialah RM179.00 bagi tiket sehala ke Bali. Anda boleh mendapat tiket balik ke Kuala Lumpur hanya pada harga RM87.00, jika dibandingkan dengan tiket harga biasa iaitu RM275.00, menjimatkan anda sebanyak RM188.00; tiket bagi harga tersebut adalah terhad. Ringkasnya, jumlah harga tiket balik anda menjadi serendah RM119.00 + RM87.00 = RM206.00.
Contoh 2: Trip pergi dan balik dari Kuala Lumpur ke Medan
Contoh lain, tiket sehala biasa ke Medan berjumlah RM200.00 boleh diperolehi dengan harga serendah RM52.00, dan menjimatkan anda sebanyak RM148.00. Tiket bagi harga promosi boleh didapati pada bulan September, Oktober dan Disember 2013. AirAsia menawarkan tiket terendah dengan harga RM20.00 bagi tiket balik, dan apabila dibandingkan dengan harga biasa iaitu RM134.00, anda jimat sebanyak RM114.00. Ringkasnya, jumlah harga tiket balik anda ke Medan berharga serendah RM52.00 + RM20.00 = RM72.00.
Contoh 3: Trip pergi dan balik dari Penang ke Surabaya
Promosi sebanyak RM219.00 bagi tiket sehala ke Surabaya, dan kami mendapati tiket tersebut pada harga promosi boleh diperolehi pada bulan September, November, December 2013 dan pada bulan Februari 2014. Harga biasa bagi tiket penerbangan ialah RM418.00 (anda jimat sebanyak RM199.00). Untuk tiket penerbangan balik ke Penang, anda boleh memperolehi  tiket serendah RM124.00; harga tiket biasa ialah RM325.00, jadi anda boleh berjimat sebanyak RM201.00. Secara ringkasnya, jumlah harga tiket balik anda ke Surabaya menjadi serendah RM219.00 + RM124.00 = RM343.00.
Contoh 4: Trip pergi dan balik dari Kota Kinabalu ke Jakarta
Untuk ke Jakarta, harga promosi bagi tiket sehala ialah RM189.00. Harga biasa bagi tiket sehala ke Jakarta ialah RM419.00. Jadi, dengan harga promosi anda boleh berjimat sebanyak RM230.00. Tetapi tiket bagi harga promosi sangat terhad, jika anda bertuah anda boleh memperolehi beberapa tiket berharga RM79.00. Untuk tiket balik, kita boleh memperolehi tiket dengan harga terendah RM47.00 tetapi tiket tersebut sangat terhad, dan tiket kelas berbeza ialah RM157.00. Harga biasa bagi tiket balik ialah RM387.00, jika anda mendapat tiket pada harga RM157.00 anda boleh jimat sebanyak RM230.00. Ringkasnya, jumlah tiket balik anda ke Jakarta menjadi serendah RM79.00 + RM47.00 = RM126.00.
Kadar tambang boleh berubah mengikut kadar harian biasa dengan perancangan yang baik ( tidak digalakkan memilih tempoh masa yang terlalu sibuk), akhirnya anda boleh jimat beratus ringgit dengan usaha yang minimum! Kenapa tidak menggunakan Panduan Perbandingan Tiket yang telah kami sediakan dalam website versi English kami, savemoney.my, dan lihat jika AirAsia menawarkan tiket yang paling murah bagi tarikh yang anda inginkan?

 

Comments

Tagged , ,

Tell your friends!

DARTH SAVER PERLUKAN MAKANAN
+1 kami di Google+