Ikutilah kami:
 JimatCermat.my

Pengangkutan & Perjalanan

AirAsiaGo – Promosi Tawaran Percutian Hebat ( tempah dari 24 September – 30 September 2013)

mb-template-650x320_aae_jvpromo_sep13_msmy 615x300 jc

AirAsiaGo – Promosi Tawaran Percutian Hebat (tempah dari 24 September – 30 September 2013)
Kelemahan: Tempoh perjalanan yang terhad, destinasi dan hotel terpilih sahaja. 

Promosi: Promosi Tawaran Percutian Hebat – Pakej 3 Hari 2 Malam dari RM145/seorang, penerbangan pergi-balik, hotel dan cukai.
Tempoh Tempahan: 24 September 2013 – 30 September 2013 Tempoh Perjalanan: Sekarang – 31 Disember 2013
Terma dan Syarat: 
1. Kadar promosi adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat.
2. Sah untuk tempahan semasa mengikut waktu tempahan dan tempoh perjalanan di destinasi terpilih. Tidak termasuk cukai lapangan terbang dan yuran.
3. Bilik promosi adalah terhad dan mungkin tidak terdapat semasa cuti umum, cuti persekolahan dan hujung minggu.
4. Tertakluk kepada terma dan syarat
AirAsia-Go-logo
Lawati AirAsiaGo
AirAsiaGo menawarkan promosi “Tawaran Percutian Hebat” dengan pakej 3 hari 2 malam bermula dengan harga RM145/seorang. Promosi ini termasuk penerbangan pergi-balik, hotel dan cukai! Tempoh tempahan bermula dari 24 September 2013 hingga 30 September 2013 dan tempoh perjalanan pula adalah dari sekarang hingga 31 Disember 2013. Jika anda ingin mengetahui berapa anda boleh berbelanja dan berjimat, bacalah analisa kami di bawah ini!

Contoh 1: Penerbangan pergi-balik dari KL ke Langkawi

Pasti anda menginginkan percutian ke Pulau Mahsuri bukan? Kos penerbangan pergi-balik termasuk menginap selama 2 malam di Hotel Bayview Langkawi adalah RM487 seorang dan bukan RM550 (harga biasa). Kami mendapati tambang untuk penerbangan adalah RM150 seorang, tapi anda masih perlu membayar cukai dan yuran lapangan terbang yang berharga RM55 seorang (tidak termasuk di dalam harga promosi ataupun harga biasa). Kesimpulannya anda berjimat sebanyak RM63.

Contoh 2: Penerbangan pergi-balik dari KL ke Macau

Hilangkan sedikit tekanan kerja anda dengan bercuti ke Macau dengan penginapan 2 malam. Hotel yang menawarkan promosi penginapan adalah Hotel Maple Leaf City dan Hotel Sheikou Haitao. Tetapi, kami mendapati Hotel Sheikou Haitao adalah yang paling murah iaitu RM1,234 seorang berserta tiket penerbangan pergi-balik dan termasuk cukai. Harga biasa untuk pakej ini adalah RM1,350 seorang, dan anda berjimat RM116 dalam trip ini.

Contoh 3: Penerbangan pergi-balik dari KL ke Krabi

Nikmatilah percutian yang indah ke Krabi dengan penerbangan pergi-balik berserta dengan penginapan selama 2 malam di banglo berharga RM705 seorang. Harga biasa untuk pakej ini adalah RM893 seorang, jadi dengan promosi ini anda berjimat RM188 dan sudah tentu kami beranggapan promosi ini merupakan promosi yang baik!

Contoh 4: Penerbangan pergi-balik dari KL ke Yogyakarta

Jika pilihan percutian anda adalah Yogyakarta, hanya The Victoria Hotel Yogyakarta menawarkan promosi iaitu RM693 seorang. Harga biasa bagi pakej ini adalah RM756 seorang. Pakej ini termasuk tiket penerbangan pergi balik dan penginapan selama 2 malam. Sekali gus anda boleh berjimat sebanyak RM63.
Ingin mengetahui tentang Online Hotel Bookings & Reservations? Bacalah artikel kami “Online Hotel Bookings & Reservations – Getting the Best Hotel Deals” untuk maklumat lanjut!

 

Comments

Tagged , , , , , ,

Tell your friends!

DARTH SAVER PERLUKAN MAKANAN
+1 kami di Google+