Ikutilah kami:
 JimatCermat.my

Featured

Kad Kredit AmBank – Nikmati sehingga 48 bulan 0% EPP Untuk Pembelian Barangan Elektrik

kad kredit ambank

AmBank Kad Kredit AmBank – Nikmati sehingga 48 bulan 0% EPP Untuk Setiap Pembelian Barangan Elektrik
Kekurangan: Barangan tertentu sahaja bergantung kepada stok. 

Tempoh Promosi: Berlangsung sehingga tempoh yang akan diberitahu
Maklumat Promosi:
Setiap pembelian peralatan elektrik  yang dilakukan di pasar raya yang mengambil bahagian di seluruh negara dengan menggunakan AmBank/AmIslamic Bank VISA/MasterCard berpeluang untuk menikmati sehingga 48 bulan 0% EPP
Pasar Raya yang Mengambil Bahagian: 
– Carrefour (AEON Big)
– Giant
– Tesco
– Jusco
Maklumat Tambahan:
1. Barangan elektrik yang ditawarkan adalah berbeza di setiap pasar raya
2. Sah untuk pembelian barangan elektrik sahaja.
Terma dan Syarat:
1. Pemegang kad kredit tidak boleh membatalkan pembelian dalam tempoh masa EPP tanpa kebenaran bertulis daripada AmBank
2. Ansuran bulanan akan didebitkan ke dalam akaun pemegang kad oleh pihak AmBank setelah pembelian barangan disahkan
3. AmBank berhak untuk menyuruh pemegang kad melangsaikan baki tertunggak di bawah EPP sekiranya pemegang kad gagal untuk membayar hutang yang tertunggak.
4. Pembatalan pembelian adalah dilarang selepas transaksi dilakukan.
Untuk maklumat lanjut, click di sini.
 logo-ambank2
Lawati AmBank
Membeli belah untuk barangan elektrik tak bermaksud anda memerlukan bajet yang besar. Kini, promosi kad kredit AmBank VISA/MasterCard’s memberikan anda pilihan untuk membuat bayaran 0% EPP selama 48 bulan untuk barangan elektrik. Tapi awas, jangan tergopoh-gopoh untuk membeli barangan elektrik anda kerana promosi EPP ini hanya sah jika anda membeli belah di pasar raya terpilih – AEON Big, Giant, Tesco, dan Jusco. Tentunya, anda kena membuat bayaran menggunakan kad kredit AmBank untuk membuat pembayaran secara 0% EPP ini.
Namun begitu, pihak AmBank dan mana-mana pasar raya yang terlibat tidak menyediakan senarai barangan elektrik yang ditawarkan. Jadi, kami telah membuat beberapa panggilan bagi mendapatkan senarai tersebut, namun jawapan yang kami terima masih lagi tidak membantu! Jadi, sebelum anda membeli mana-mana barangan elektrik, jangan lupa untuk bertanya dengan teliti dulu ya. Dan juga, anda boleh membandingkan harga untuk barangan elektrik pilihan anda (contoh : Laptop Acer) di semua pasar raya untuk mendapat harga terendah!
Ingin mengetahui dengan lebih lanjut apakah itu Easy Payment Plan (EPP)? Lawati artikel “Easy Payment Plans in Malaysia – A Beginner’s Guide to Credit Cards’ EPP di laman web bahasa Inggeris kami untuk mngetahui dengan lebih lanjut mengenai EPP sebelum anda membuat sebarang pembelian.

 

Comments

Tagged , , ,

Tell your friends!

DARTH SAVER PERLUKAN MAKANAN
+1 kami di Google+