Ikutilah kami:
 JimatCermat.my

Cukai & Pendapatan

Panduan Cukai Pendapatan 2013 Anda - Kadar, Pengecualian, Rebat, Pelepasan dan banyak Lagi

 

Penyata cukai memang boleh memberikan anda stres - mana taknya, ada pelbagai hal kewangan, teknikal, serta hal undang-undang yang perlu dipertimbangkan sebelum anda memberi menghantar penyata cukai anda ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN atau Hasil). Tahun lepas, kami menulis panduan untuk Cukai Pendapatan 2012 - Kini, panduan ini akan di kemas kini untuk cukai 2013 pula!

Setiap penduduk Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan harus membayar cukai pendapatan mereka setiap tahun. Tapi, adakah anda termasuk di dalam golongan yang perlu membayar cukai?

Kelayakan Cukai Pendapatan

Nak tahu kelayakan anda? Lihat saja pada penyata gaji anda :

  • Jika pendapatan tahunan anda (termasuk semua bayaran manfaat, bonus, komisyen, dan overtime) melebihi RM29,775.00 (RM2,480 sebulan), anda layak dan perlu membayar cukai pendapatan.
  • Jika pendapatan tahunan anda kurang daripada RM29,775.00, anda tidak perlu membayar cukai pendapatan. Jika anda mendapati majikan anda membuat potongan gaji untuk pembayaran cukai, anda boleh menuntut semula kesemua penolakan itu.

Anda membayar cukai melalui Potongan Cukai Bulanan (PCB)? Selepas membaca artikel ini, anda mungkin perlu menyemak semula jumlah potongan kerana majikan anda mungkin sudah terlebih bayar (atau terkurang bayar) cukai pendapatan anda. Jika anda bekerja dengan sendiri (Self-employed) dan menguruskan cukai dengan sendiri, anda juga berkemungkinan besar untuk terlebih atau terkurang bayar cukai ; Mungkin ada rebat dan pelepasan cukai tambahan yang tertinggal di dalam pengiraan anda!

Teruskan membaca untuk penerangan lanjut, dan gunakan Kalkulator Cukai Pendapatan kami untuk mendapatkan jumlah cukai pendapatan anda yang tepat (dan bandingkan jumlah itu kepada PCB untuk mengetahui sama ada anda terlebih atau terkurang bayar!)

Kalkulator Cukai Pendapatan

Pakar-pakar cukai daripasukan JimatCermat.my telah membuat kalkulator Cukai Pendapatan untuk menolong pengiraan cukai anda, jadi cubalah sekarang!

 

Kalkulator Cukai Pendapatan

 

Kadar Cukai Pendapatan Warganegara Malaysia 2012                                   

Cukai pendapatan penduduk Malaysia (termasuk individu yang bermastautin di negara Malaysia) mempunyai kadar yang berperingkat atau bersenggat (progressive), jadi semakin tinggi pendapatan bercukai anda, semakin tinggilah cukai yang harus anda bayar.

Untuk penduduk yang menetap di Malaysia kurang daripada 182 hari setahun, kadar cukai yang dikenakan ialah 26% ke atas semua pendapatan yang diterima di Malaysia dengan pengecualian beberapa jenis pekerjaan yang mempunya kadar yang lebih rendah : 15% untuk penghibur dan 10% untuk upah seperti servis peralatan, nasihat teknikal, dan bayaran sewa.

Untuk pengetahuan anda, pendapatan bercukai, gaji kasar, dan pendapatan tahunan menyeluruh (actual income) tidak memberi makna yang sama. Sebenarnya, jumlah pendapatan bercukai adalah kurang daripada yang lain.

Pendapatan Bercukai
Kadar Cukai
Cukai Kumulatif
RM0 – RM2,500
0%
RM0
RM2,501 – RM5,000
1%
RM25
RM5,001 – RM10,000
3%
RM175
RM10,001 – RM20,000
3%
RM475
RM20,001 – RM35,000
7%
RM1,525
RM35,001 – RM50,000
12%
RM3,325
RM50,001 – RM70,000
19%
RM7,125
RM70,001 – RM100,000
24%
RM14,325
RM100,001 and Above
26%

Menentukan Cukai Pendapatan Anda

Mengikut jadual di atas, jikalau pendapatan bercukai anda adalah RM20,000, cukai pendapatan anda akan menjadi RM475. Jumlah ini boleh didapati melalui dua cara:

Cara pertama : menambahkan jumlah kadar satu persatu (0% x RM2,500 + 1% x RM2,500 + 3% x RM10,000 = RM475)

Cara kedua : Melihat bahagian cukai kumulatif pada jadual di atas.

Sebagai contoh, jika pendapatan bercukai anda adalah RM25,000, cukai pendapatan anda akan menjadi RM475 + (7% x RM5,000) = RM475 + RM350 = RM825.

Apa itu Pendapatan Bercukai?

Pendapatan Bercukai = Pendapatan Penuh Yang Boleh Dikenakan Cukai - Pengecualian Cukai - Pelepasan Cukai

Contoh pengiraan pendapatan bercukai :

Langkah Pertama :

Gaji : RM60,000
Faedah bank : RM1,000
Pendapatan Sewa Rumah : RM10,000

Jadi, Pendapatan Penuh Yang Boleh Dikenakan Cukai  = RM71,000

Langkah Kedua : 

Pelepasan Cukai Individu + Pelepasan Cukai KWSP (penolakan maksimum adalah RM6,000) : RM9,000 + RM6,000

Kesemua faedah bank dikecualikan daripada pengiraan cukai, jadi pendapatan bercukai sebenar anda ialah :

RM71,000 – RM1,000 (faedah bank) – (RM9,000 + RM6,000) = RM55,000

Kadar Cukai : 

Dengan menggunakan jadual cukai di atas, jumlah cukai pendapatan ialah = RM3,325 + (19% x RM5,000) = RM4,275.00

*Kiraan di atas hanyalah contoh sahaja. Kalkulator kami dapat menolong anda mengira cukai pendapatan anda dengan lebih terperinci!

Apa itu Pendapatan Penuh yang Boleh Dikenakan Cukai?

Pendapatan dan keuntungan daripada perdagangan, profesion dan perniagaan, gaji, ganjaran, pendapatan, dan keuntungan berasaskan gaji, dividen, faedah atau diskaun, sewa, royalti atau premium, pencen, anuiti atau bayaran berkala yang lain dan perolehan atau keuntungan yang berbentuk pendapatan yang tidak dinyatakan di atas.

Apa itu Pengecualian Cukai?

Pengecualian cukai boleh dibuat terhadap item-item ini:

Tambang Perjalanan

Kos tambang percutian dalam Malaysia yang tidak melebihi tiga kali dalam satu tahun kalendar, atau tambang percutian ke luar Malaysia yang tidak melebihi sekali dalam mana-mana tahun kalendar, terhad kepada amaun maksimum RM3,000.

Manfaat Perubatan & Pergigian

Mulai tahun taksiran 2008, manfaat perubatan yang dikecualikan cukai diperluaskan untuk meliputi perbelanjaan materniti dan perubatan tradisional seperti ayurvedic dan akupuntur. Pengecualian cukai bagi manfaat ini tiada had limit.

Ganjaran Persaraan

Bayaran ganjaran persaraan yang diterima oleh pekerja pada masa persaraan dikecualikan sepenuhnya daripada cukai jika:

  1. Ketua Pengarah berpuas hati bahawa persaraan daripada penggajian adalah disebabkan oleh keuzuran.
  2. Persaraan itu berlaku pada atau selepas seseorang itu mencapai umur 55 tahun atau mencapai umur wajib bersara dari penggajian dan telah berkhidmat berturutan selama 10 tahun dengan majikan yang sama atau dengan syarikat di dalam kumpulan yang sama.
  3. Persaraan itu berlaku apabila mencapai umur wajib bersara di bawah satu kontrak penggajian atau perjanjian kolektif pada umur 50 tahun tetapi sebelum 55 tahun dan telah berkhidmat selama 10 tahun dengan majikan yang sama atau dengan syarikat dalam kumpulan yang sama.
Ganjaran yang dibayar kepada pekerja dari kumpulan wang awam

Ganjaran yang dibayar kepada pekerja dari kumpulan wang awam apabila bersara daripada penggajian di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

Ganjaran yang dibayar kepada pegawai kontrak

Ganjaran yang dibayar daripada kumpulan wang awam kepada pegawai kontrak apabila perkhidmatan kontraknya tamat (walaupun kontraknya diperbaharui).

Pendapatan Pampasan Diberhentikan Kerja

Pampasan adalah bayaran yang diterima oleh seseorang pekerja daripada majikannya akibat diberhentikan kerja dan bayaran ini mungkin dibayar sebelum atau selepas pekerja diberhentikan. Pampasan yang dikecualikan:

  1. Pampasan yang diterima kerana keuzuran atau gangguan kesihatan – dikecualikan sepenuhnya.
  2. Pampasan yang diterima kerana sebab-sebab lain:
  • Pemberhentian kerja sebelum 1 Julai 2008. Pengecualian RM6,000 diberikan bagi setiap tahun lengkap perkhidmatan dengan majikan yang sama atau syarikat-syarikat dalam kumpulan sama.
  • Pemberhentian kerja pada atau selepas 1 Julai 2008. Pengecualian RM10,000 diberikan bagi setiap tahun lengkap perkhidmatan dengan majikan yang sama atau syarikat-syarikat dalam kumpulan yang sama.

Pampasan yang diterima oleh pengarah (bukan pengarah urusan) sebuah syarikat terkawal adalah dikenakan cukai sepenuhnya.

Pencen (persaraan wajib umur atau atas sebab kesihatan)

Pencen yang diterima dari Malaysia oleh seseorang itu dikecualikan daripada cukai pendapatan dengan syarat:

  1. Orang yang berkenaan bersara pada umur 55 tahun atau pada umur wajib untuk bersara daripada penggajian seperti yang ditetapkan oleh mana-mana undang-undang bertulis,
  2. Orang yang bersara kerana keuzuran dan pencen tersebut diterima daripada kerajaan atau skim pencen yang diluluskan.
  3. Bagi pekerja sektor awam yang memilih persaraan pilihan, bayaran pencen yang diterima akan ditaksir dan dikenakan cukai sehingga mencapai umur 55 tahun atau umur wajib bersara di bawah mana-mana undang-undang bertulis.
  4. Bagi individu yang menerima lebih daripada satu pencen, hanya bayaran pencen yang tertinggi akan dikecualikan daripada cukai.
Ganjaran Kematian

Wang yang diterima sebagai ganjaran kematian adalah dikecualikan daripada cukai pendapatan.

Biasiswa

Apa-apa jumlah wang yang dibayar dengan cara biasiswa kepada seseorang individu, sama ada atau tidak berkaitan dengan suatu pekerjaan individu tersebut, adalah dikecualikan dari cukai pendapatan.

Pendapatan Individu Yang Bermastautin di Malaysia

Wang yang diterima di bawah kategori (unutk hal-hal persembahan budaya) adalah dikecualikan cukai sepenuhnya dengan syarat ianya adalah diluluskan oleh Menteri.

Faedah

Pendapatan faedah yang diterima oleh individu bermastautin daripada wang yang didepositkan dalam institusi berikut dikecualikan cukai mulai 30 Ogos 2008.

  1. Bank atau syarikat kewangan yang dilesenkan atau disifatkan dilesenkan dibawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989.
  2. Bank yang dilesenkan di bawah Akta Perbankan Islam 1983.
  3. Institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan di bawah Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002.
  4. Lembaga Tabung Haji yang ditubuhkan di bawah Akta Tabung Haji 1995.
  5. Malaysia Building Society Berhad yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965.
  6. Borneo Housing Finance Berhad yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965.
Dividen

Antara bayaran dividen yang diterima yang dikecualikan daripada cukai pendapatan termasuklah:

  1. Dividen yang diterima daripada syarikat yang mengagihkan dividen daripada pendapatan syarikat yang dikecualikan daripada cukai.
  2. Dividen yang diterima daripada syarikat kerjasama (koperasi).
  3. Dividen yang diterima daripada amanah saham yang diluluskan oleh Menteri Kewangan, seperti dividen Amanah Saham Bumiputera.
  4. Dividen yang diterima daripada unit amanah yang diluluskan oleh Menteri Kewangan yang melaburkan 90% atau lebih daripada unit amanah tersebut dalam sekuriti kerajaan
Royalti

Individu yang bermastautin di Malaysia dikecualikan daripada cukai atas pendapatan royaltinya seperti berikut :

Jenis Royalti
Pengecualian
Penerbitan hasil seni / rakaman pita / cakera RM10,000
Terjemahan buku / karya sastera RM12,000
Penerbitan karya kesusasteraan / lukisan asli / penggubahan muzik RM20,000

Pendapatan Diremit Dari Luar Malaysia

Walau bagaimanapun, pengecualian di atas tidak terpakai jika bayaran yang diterima menjadi sebahagian daripada gaji yang diterima oleh individu itu dalam menjalankan tugas rasmi.

Mulai tahun taksiran 2004, pendapatan yang diperoleh dari luar Malaysia dan diterima di Malaysia oleh seseorang individu yang bermastautin dan diremitkan ke Malaysia dikecualikan daripada cukai pendapatan.

Yuran Atau Honorarium Khidmat Pakar

Mulai Tahun Taksiran 2004, yuran atau honorarium yang diterima oleh seseorang berkaitan dengan perkhidmatan yang diberikannya untuk tujuan validasi, moderasi atau akreditasi program pendidikan francais di institusi pengajian tinggi diberi pengecualian cukai pendapatan.

Perkhidmatan yang diberikan oleh individu tersebut hendaklah ditentu sahkan atau diperaku oleh Agensi Kelayakan Malaysia (AKM). Walau bagaimanapun, pengecualian cukai pendapatan ini tidak akan dibenarkan jika bayaran yang diterima menjadi sebahagian daripada gaji yang timbul dalam menjalankan tugas rasmi.

Pendapatan Daripada Hasil Penyelidikan

Mulai Tahun Taksiran 2004, pendapatan yang diterima oleh seseorang individu daripada hasil penyelidikan saintifik yang dikomersialkan, diberi pengecualian cukai sebanyak 50% daripada pendapatan statutori dalam tahun asas bagi tahun taksiran, untuk tempoh lima (5) tahun dari tarikh bayaran pertama.

Saintis yang menerima bayaran tersebut hendaklah warganegara dan bermastautin di Malaysia. Manakala hasil penyelidikan yang dikomersialkan itu hendaklah ditentu sahkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

Pelepasan Cukai

Sama seperti pengecualian cukai, pelepasan cukai boleh mengurangkan pendapatan bercukai anda.

Tanpa pelepasan cukai ini, pendapatan bercukai anda pasti akan menjadi lebih tinggi. Contoh : gaji anda pada tahun 2010 ialah sebanyak RM25,000. Tanpa pelepasan atau rebat cukai, cukai anda akan terus dikira daripada julah RM25,000 dan anda akan dikenakan cukai pendapatan sebanyak RM825.

Tetapi, kalau ditambah dengan pelepasan cukai (sebagai contoh pelepasan cukai individu sebanyak RM9,000), pendapatan bercukai anda akan menjadi RM25,000 – RM9,000 = RM16,000 dan cukai pendapatan yang perlu anda bayar sekarang sudah berkurangan kepada RM355! Anda boleh jimat sebanyak RM355 (dan mungkin lebih) setahun hanya dengan mengetahui jenis pelepasan cukai anda!

Termasuk di dalam potongan PCB
RM
Individu dan saudara tanggungan 9,000
Insurans hidup dan KWSP 6,000
Suami/Isteri/Bayaran alimoni kepada bekas isteri 3,000
Anak di bawah umur 18 tahun 1,000
Total >15,000

Tidak termasuk dalam potongan PCB (Tetapi relevan kepada pembayar cukai)
RM
Faedah pembelian rumah. Potongan cukai terhad kepada RM10,000 setiap tahun asas bagi 3 tahun taksiran berturut-turut bermula dari tarikh faedah mula dibayar. 10,000
Yuran Pendidikan (Sendiri) 5,000
Pembelian komputer peribadi untuk individu 3,000
Tabungan bersih dalam skim SSPN 3,000
Insurans pendidikan dan perubatan 3,000
Pembelian buku, majalah, jurnal dan penerbitan 1,000
Pemeriksaan perubatan penuh 500
Yuran langganan Jalur Lebar 500
Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan 300
Jumlah 26,300

Tidak termasuk dalam potongan PCB
(tetapi relevan kepada sesetengah pembayar cukai)
RM
Individu Kurang Upaya 6,000
Peralatan Sokongan Asas (untuk individu kurang upaya, tanggungan, pasangan, atau ibu bapa) 5,000
Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati 5,000
Anak Kurang upaya 5,000
Perbelanjaan Perubatan Ibu Bapa 5,000
Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(i) mengikuti kursus di peringkat diploma dan ke atas di institusi pengajian tinggi dalam Malaysia (tidak termasuk kursus matrikulasi/pra-ijazah).
(ii) mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.
(iii) kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.
4,000
Suami/Isteri kurang upaya 3,500
Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah) 1,000
Skim anuiti baru atau tambahan jumlah anuiti sedia ada dan bayaran di buat mulai 01/01/2010 (apa-apa lebihan daripada premium anuiti baru atau tambahan melebihi RM1,000 boleh dituntut dan diambil kira bersama-sama jumlah premium insurans nyawa) 1,000
Jumlah >35,500

Rebat Cukai (Tahun 2012)

Apakah perbezaan rebat cukai dan pelepasan cukai? Pelepasan mengurangkan pendapatan bercukai anda, manakala rebat cukai mengurangkan kadar bayaran cukai pendapatan anda selepas semua pengiraan telah dibuat.

Pada tahun 2012, RM400 rebat cukai diberikan kepada pembayar cukai yang mempunyai pendapatan bercukai kurang daripada RM35,000.

Contoh:

Ali ialah seorang pekerja dan tidak mempunyai apa-apa tanggungan di bawahnya. Gaji kasar Ali ialah RM29,000 setahun dan setiap tahun Ali mendapat pelepasan cukai inividual sebanyak RM9,000 (mengikut kategori "individu dan saudara tanggungan"). Jumlah KWSP tahunannya adalah sebanyak RM3,190 (kurang daripada RM6,000 jadi kesemua jumlah KWSP termasuk dalam item pelepasan cukai). Pandapatan bercukai Ali sekarang? RM29,000 - RM9,000 - 3,190 = RM16,810. Jumlah cukai pendapatan yang sepatutnya dibayar Ali adalah sebanyak RM379.30.

Kerana Pendapatan bercukai Ali kurang daripada RM35,000, dia layak menerima RM400 rebat cukai (cukai yang perlu dibayar hanya RM379.30). Jadi pada tahun 2010, Ali tidak perlu membayar cukai pendapatan.

Apa itu Potongan Cukai Bulanan (PCB)?  

Potongan cukai bulanan atau PCB ialah satu mekanisme yang membolehkan majikan membuat bayaran cukai pendapatan secara bulanan untuk pekerja. Potongan ini bertujuan untuk mengurangkan beban pekerja membayar cukai sekaligus apabila cukai dikira. PCB berbeza daripada KWSP (KWSP selalunya ditolak daripada gaji dahulu, kemudian baru PCB). PERKESO tidak termasuk dalam PCB ini.

Pengiraan PCB ini dibuat berdasarkan jumlah gaji kasar - KWSP (penolakan maksima KWSP ialah RM6,000) tahunan. Jikalau anda menambah jumlah PCB anda untuk setahun tanpa mengambil sebarang potongan lain (seperti rebat cukai), jumlah PCB itu akan menjadi bersamaan dengan cukai pendapatan yang anda harus bayar dalam tahun itu :

Contoh 1 :

Ah Chong (tahun 2010) - Tidak berkahwin, tiada tanggungan dan menerima gaji kasar sebanyak RM3,100 sebulan. Selepas potongan KWSP sebanyak RM330 sebulan, gaji Ah Chong yang akan diambil kira untuk PCB adalah sebanyak RM2,759. Jadi jumlah potongan PCB Ah Chong adalah sebanyak RM31(hasil kiraan LHDN).

Ah Chong
Gaji Kasar
Gaji PCB (selepas pemotongan KWSP)
Jumlah PCB
Jumlah Cukai Pendapatan Sebenar
Terlebih / Terkurang Bayar
Jumlah Bulanan
RM3,100.00
RM2,759.00
RM31.00
RM30.21
RM0.79
Jumlah Tahunan (2010)
RM37,200.00
RM 33,108.00
RM372.00
RM362.56
RM9.44

Contoh 2 :

Aimi (tahun 2010) - tidak berkahwin, tiada tanggungan dan menerima gaji kasar sebanyak RM5,000 sebulan. Mengikut pengiraan sebenar, pemotongan KWSP Aimi adalah RM550 sebulan. Tetapi di bawah undang-undang cukai 2010 yang baru, jumlah maksima potongan KWSP tidak boleh melebihi RM500 sebulan atau RM6,000 setahun. Jadi gaji yang diambil kira untuk PCB Aimi adalah RM4,500 dan mengikut kiraan LHDN PCB Aimi adalah sebanyak RM224 sebulan.

Aimi
Gaji Bersih
Gaji PCB (selepas pemotongan KWSP)
Jumlah PCB
Jumlah Cukai Pendapatan Sebenar
Terlebih / Terkurang Bayar
Jumlah Bulanan
RM5,000.00
RM4,500.00
RM224.00
RM227.08
RM(3.08)
Jumlah Tahunan (2010)
RM60,000.00
RM54,000.00
RM2688.00
RM2725.00
RM(37.00)

Untuk kes kedua-dua Ah Chong dan Aimi, perbezaan di antara PCB dan jumlah sebenar cukai pendapatan tidak begitu ketara. Biasanya PCB dikira berdasarkan Jadual PCB (LHDN) dan kaedah pengiraan berkomputer tetapi selain daripada status berkahwin dan jumlah tanggungan pekerja, majikan selalunya tidak memasukkan maklumat untuk rebat dan pelepasan cukai lain (seperti laptop, derma, dll). Ini boleh menyebabkan cukai pendapatan tahunan anda menjadi lebih tinggi daripada yang sepatutnya!

Peringatan: Perkara yang sebaliknya mungkin juga berlaku. Jikalau anda menerima bonus dan MBB atau manfaat berupa barangan (seperti kereta, pen mahal atau rantai) yang sepatutnya dimasukkan ke dalam pengiraan cukai pendapatan, PCB anda mungkin terkurang bayar.

Bilakah Masa Yang Sesuai untuk Menghantar Fail Cukai Pendapatan?

Pembayaran cukai pendapatan perlu dibuat setahun sekali, jadi cukai untuk tahun 2012 akan mula dikira dari januari hingga 31 Disember 2012. Bila pula masa pembayarannya? Cukai pendapatan 2012 boleh mula dibayar pada bila masa-masa di dalam lingkungan 1 Januari hingga 15 May/Jun 2013. Jadi untuk cukai pendapatan 2013 pula, masa bayarannya adalah di antara Januari hingga April/Jun 2014!

Perkembangan Terkini (April 2013) : Tarikh akhir untuk penyerahan dan pembayaran cukai pendapatan telah dipanjangkan sehingga 15 Mei 2013

Jika anda merupakan pekerja untuk mana-mana syarikat, pastikan bahawa bayaran MTD yang dibayar ke LHDN bagi pihak anda tepat. Majikan anda perlu memberikan borang EA/EC pada bulan Februari sebagai bukti pembayaran MTD - di borang itu akan tertulis jumlah pembayaran yang dibuat. Lepas itu, gunakan kalkulator kami untuk mengetahui jumlah cukai pendapatan (selepas kesemua pelepasan dan pengecualian cukai) anda.

Hantar, jangan tak hantar! Anda perlu mengisi borang cukai  - dan sumber pendapatan anda yang akan menentukan jenis borang yang perlu anda isi. Bagi mereka yang sibuk, anda juga boleh mengisi borang secara online di www.hasil.gov.my. Tarikh akhir untuk borang-borang cukai adalah seperti berikut :

  1. BE Form, untuk individu tanpa sumber perniagaan, tarikh akhir ialah sebelum / pada 30 April setiap tahun
  2. B Form, untuk individu yang mendapat untung dari perniagaan, tarikh akhir ialah sebeum / pada 30 Jun setiap tahun
  3. M Form,  untuk individu bermastautin dan tidak mempunyai sumber perniagaan, tarikh akhir ialah sebelum / pada 30 April setiap tahun
  4. M Form, untuk individu bermastautin yang mendapat untung dari perniagaan, tarikh akhir ialah sebeum / pada 30 Jun setiap tahun
  5. P Form, untuk perkongsian (partnership), tarikh akhir ialah sebelum / pada 30 Jun setiap tahun

Tunggu! Apa-apa refund akan dibayar semula kepada anda secara automatik. Tapi, jika anda masih belum menerima baki anda, sila e-mel callcentre@hasil.gov.my

Simpan! Anda perlu menyimapna reokd sekurang-kurangnya 7 tahun, jadi jangan buang apa-apa resit yang boleh digunakan untuk mendapat pengecualian atau pelepasan cukai!

Disclaimer: Panduan di atas hanyalah untuk rujukan dan perkongsian informasi sahaja. Kami tidak memberi perkidmatan cukai ejen dan tidak mempunyai lessen bertauliah untuk memberi nasihat profesional. Untuk status cukai anda, sila merujuk kepada agen cukai yang bertauliah. Kami juga tidak menyokong pelarian cukai.

Comments

Tagged , , ,

Tell your friends!

DARTH SAVER PERLUKAN MAKANAN
+1 kami di Google+