Ikutilah kami:
 JimatCermat.my

Cukai & Pendapatan

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)

Skim SSPN bukan sesuatu yang baru ditubuhkan di Malaysia, tetapi masih ramai yang tidak mengetahui fungsi skim ini. Secara umumnya, kita tahu bahawa SSPN perlu dibuka untuk mendapat pinjaman PTPTN. Tetapi apa fungsi lainnya? Selain untuk tujuan PTPTN, skim SSPN ini merupakan salah salah satu cara pihak kerajaan mendorong ibu bapa untuk menabung demi masa depan pembelajaran anak-anak mereka. Dan yang bagusnya, anda sebagai ibu-bapa juga boleh mendapat manfaat daripada SSPN ini. Ketahui apa manfaatnya di sini!

Apa itu SSPN?

Skim Simpanan Nasional atau lebih dikenali sebagai SSPN merupakan satu skim simpanan yang direka PTPTN untuk tujuan pendidikan tinggi. Secara ringkasnya, SSPN ini berfungsi sama seperti bank akaun simpanan anda, tetapi TANPA kebolehan untuk mengeluarkan wang pada bila-bila masa. Skim ini merupakan satu permulaan yang bagus untuk penyimpanan wang pembelajaran anak-anak bagi golongan ibu-bapa muda. Selain daripada itu, SSPN ini juga mempunyai beberapa insentif lain selain daripada menjadi peti simpanan anda : Skim ini juga memberi perlindungan insurans, geran sepadan untuk keluarga yang layak, dividen tahunan, dan insentif yang menarik minat ramia, pelepasan cukai tehadap jumlah simpanan bersih anda dalam setahun.

SSPN-i : Gelaran SSPN yang telah disahkan memenuhi keperluan patuh syariah oleh Islamic Banking and Finance Institute Malaysia (IBFIM). Huruf “i”melambangkan produk Islamic mereka (jangan risau, golongan bukan islammasih boleh membuka akaun SSPN di bawah skim baru ini!)

Siapa yang HARUS Membuka Akaun SSPN-i

Sesiapa yang ingin memohon pinjaman PTPTN HARUS membuka akaun SSPN-i (salah satu syarat permohonan PTPTN) . Buat masa sekarang, deposit minima ialah sebanyak RM20 tetapi sebelum membuka akaun, sila pastikan semula dengan PTPTN kerana mereka mungkin sudah menukar jumlah minima!

Siapa yang BOLEH membuka SSPN-i

Mana-mana rakyat Malaysia BOLEH membuka akaun SSPN-i. Calon yang terbaik untuk membuka akaun SSPN-i ialah ibu-bapa dan penjaga yang mempunyai tanggungan (yang sah). Mengapa? Kami akan terangkan mengapa mereka merupakan calon yang terbaik di segmen seterusnya.

SSPN-i : Cara Pembukaan Akaun

Di bawah adalah panduan pembukaan akaun SSPN khas untuk anda!

Langkah 1 : Menentukan kategori  umur dan kelayakan

Kategori Umur : 1 hingga 18 tahun

Akaun harus dibuka oleh ibu-bapa / penjaga. Pengekalan akaun boleh dibuat sehingga umur 28 tahun, di mana selepas umur ini, akaun yang baru di bawah nama sendiri harus dibuka.

Kategori Umur : 18 hingga 28 tahun

Rakyat Malaysia berumur 18 hingga 28 tahun mempunyai pilihan samada untuk membuka akaun sendiri (pendeposit) atau mempunyai akaun yang dibuka oleh ibu-bapa / penjaga (menjadi penerima manfaat).

Kategori Umur : 29 tahun ke atas

Rakyat Malaysia yang berumur 29 tahun ke atas harus membuka akaun mereka sendiri.

Langkah 2 : Di mana boleh anda membuka akaun SSPN-i

Anda boleh memilih untuk membuka akaun samada di kaunter servis PTPTN di One Stop Center, KL Sentral atau di cawangan-cawangan bank berikut :

  • Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • CIMB Bank
  • Maybank
  • Bank Islam
  • Bank Rakyat
  • Agro Bank 

Langkah 3 : Dokumen-dokumen yang diperlukan

Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuka akaun SSPN-i termasuklah :

  • 3 salinan borang permohonan pembukaan akaun SSPN-i yang boleh dimuat turun secara online ATAU secara PERCUMA di One Stop Center atau di cawangan-cawangan bank di atas.
  • Salinan MyKad/Kad Tentera/Kad Polis Pemohon;
  • Salinan Sijil Kelahiran/MyKid/MyKad Anak; dan
  • Surat Perakuan/Sijil Anak Angkat (bagi ibu-bapa angkat / penjaga yang ingin membuka akaun bagi anak angkat dibawah jagaan sah mereka)
  • Deposit minima sebanyak RM20.00 untuk pembukaan akaun (dan untuk mendapat kelayakan sebagai penerima insentif SSPN)

SSPN : Ciri-Ciri & Manfaat

Antara perbezaan utama skim SSPN dan akaun simpanan biasa ialah pelbagai insentif yang diberikan SSPN :

1. Pelepasan Cukai Pendapatan (Sehingga RM780 setahun!)

Inilah sebenarnya sebab utama mengapa begitu ramai orang telah membuka akaun SSPN (Selain daripada tujuan penyimpanan wang). Tetapi jangan berlumba ke bank yang berdekatan dahulu, kerana pelepasan cukai ini hanya tertakluk untuk golongan yang berikut sahaja :

  • Ibu bapa dan ibu bapa angkat/penjaga yang sah dari segi undang-undang yang menyimpan dalam akaun SSPN-i untuk manfaat anak diberi pelepasan sehingga maksimum RM3,000 setahun tertakluk kepada jumlah simpanan bersih tahun semasa. TERKINI : HAD MAKSIMUM TELAH DINAIKKAN KEPADA RM6,000 DI DALAM PENGUMUMAN BAJET 2013 , MAKLUMAT TERKINI BOLEH DIDAPATI DI SINI.
  • Ibu bapa yang membayar cukai secara berasingan dan telah membuka akaun simpanan SSPN-i berasingan atas anak yang sama diberikan pelepasan sehingga maksimum RM3,000 seorang setahun;
  • Ibu bapa yang membayar cukai bersama dan telah membuka akaun simpanan SSPN-i berasingan diberi pelepasan sehingga maksimum RM3,000 setahun; dan
  • Individu yang menyimpan untuk diri sendiri tidak diberi pelepasan cukai.
Berapa banyak penjimatan cukai saya?

Nota : Cuba rujuk artikel “cukai pendapatan” kami untuk mengetahui cara-cara untuk berjimat dalam pembayaran cukai anda!

Cukai pendapatan penduduk Malaysia (termasuk individu yang bermastautin di negara Malaysia) mempunyai kadar yang berperingkat atau bersenggat (progressive), jadi semakin tinggi pendapatan bercukai anda, semakin tinggilah cukai yang harus anda bayar. Untuk pengetahuan anda, pendapatan bercukai, gaji kasar, dan pendapatan tahunan menyeluruh (actual income) tidak memberi makna yang sama. Sebenarnya, jumlah pendapatan bercukai kurang daripada yang lain.

Fromula pengiraan pendapatan bercukai anda adalah seperti berikut :

Pendapatan Bercukai = Pendapatan Penggajian – Pengecualian Cukai – Pelepasan Cukai

Contoh : Andaikan wang pendapatan anda terbit daripada sumber-sumber berikut :

Gaji : RM60,000
Faedah bank : RM1,000
Pendapatan Sewa Rumah : RM10,000

Pendapatan Penggajian: 60,000 + 1,000 + 10,000 = RM 71,000.

Kesemua faedah bank dikecualikan daripada pengiraan cukai jadi faedah bank yang anda dapat akan termasuk dalam pengecualian cukai :

Pengecualian Cukai = RM 1,000

Pelepasan Cukai Individu + Pelepasan Cukai KWSP (penolakan maksimum adalah RM6,000) :

Pelepasan Cukai : RM9,000 + RM6,000 = RM15,000

Jadi Pendapatan Bercukai anda : RM71,000 – RM1,000 – (RM 15,000) = RM55,000.

Pendapatan Bercukai
Kadar Cukai
Cukai Kumulatif
Dari RM0 – RM2,500 0% RM0
RM2,501 – RM5,000 1% RM25
RM5,001 – RM10,000 3% RM175
RM10,001 – RM20,000 3% RM475
RM20,001 – RM35,000 7% RM1,525
RM35,001 – RM50,000 12% RM3,325
RM50,001 – RM70,000 19% RM7,125
RM70,001 – RM100,000 24% RM14,325
100,001 and Above 26%

Dengan menggunakan jadual di atas, cukai pendapatan anda untuk tahun ini akan menjadi RM3,325 + (19% X RM5,000) = RM4,275.00, dan kadar cukai efektif anda adalah sebanyak 6%. (RM4,275 / RM71,000). Unutk penerangan lanjut tentang pengiraan ini, sila rujuk artikel cukai pendapatan kami!

Jika anda mempunyai akaun SSPN dan telah menyimpan sebanyak RM3,000 pada satu tahun, pendapatan bercukai anda akan berubah daripada RM55,000 ke RM52,000. Jadi cukai bayaran anda juga akan berubah kepada RM3,325 + (19% x RM2,000) = RM3,705. Nilai penjimatan anda? RM570 untuk tahun itu!

Jadi dengan hanya membuat deposit ke dalam akaun SSPN-i setiap tahun, anda boleh mendapat pengecualian cukai sehingga RM3,000 untuk satu tahun tertentu! Jika kadar cukai anda 7% : Anda akan jimat sebanyak RM210 setahun. Jika kadar cukai anda berada di tahap tertinggi 26% : anda akan jimat sebanyak RM780! (Penjimatan ini sama seperti diberi dividen sebanyak 26% oleh bank-bank simpanan sekaligus membuatkan akaun SSPN ini sebagai produk akaun simpanan yang terbaik).

Tetapi ingat, penjimatan cukai untuk simpanan sebanyak RM3,000 sahaja ini hanya diberikan sekali sahaja.

Bagaimana Jika Saya Membuka Akaun SSPN-i untuk Diri Sendiri (Tanpa Penerima Manfaat)

Anda ingin / telah membuka akaun SSPN-i untuk diri sendiri dan tertanya-tanya jika anda boleh mendapat pngecualian cukai? Malangya, pengecualian cukai ini hanya untuk golongan yang disebut di atas dan anda tidak akan mendapat pengecualian cukai yang dijanjikan SSPN.

2. Perlindungan Insurans

SSPN memberi perlindungan takaful secara percuma kepada pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 ke atas :

  • Pendeposit  umur 18 – 65 tahun : Perlindungan Insurans dan Khairat Kematian
  • Penerima Manfaat 1 hari – 28 tahun : Khairat  Kematian Sahaja
  • Perlindungan Insurans terbahagi kepada dua : Insurans Am dan Insurance Amanah.
  • Perlindungan insurans am ialah RM ke RM (maksima RM50,000)
  • Perlindungan Insurans Amanah ialah RM100,000
  • Khairat Kematian ialah sebanyak RM2,000 untuk pendeposit dan RM500 untuk penerima manfaat

3. Dividen Tahunan

Satu lagi kelebihan membuka akaun SSPN-i ini ialah dividen atau keuntungan tahunan yang diberikan. Tetapi anda jangan pula mengharapkan kadar keuntungan yang melambung tinggi daripada SSPN, kerana ada akaun deposit tetap atau fixed deposit  yang boleh menawarkan keuntungan sebanyak 4%! Jika tujuan pembukaan akaun anda adalah untuk mendapat kadar dividen tinggi, kami sarankan anda rujuk kepada artikel “fixed deposit” kami!

Satu lagi perkara, jumlah dividen yang diperolehi tidak akan diambil kira dalam pengiraan cukai anda. Nilai dividen SSPN yang lepas adalah seperti berikut :

Tahun
Dividen SSPN (%)
2004 3
2005 4
2006 4
2007 4
2008 4
2009 2.5
2010 3.25
2011 3.75

4. Geran Sepadan

Geran Sepadan  adalah insentif kewangan yang ditawarkan kepada pendeposit (ibubapa atau penjaga yang sah dari segi undang-undang) yang mempunyai pendapatan bulanan keluarga (gaji pokok) tidak melebihi RM2,000 sebulan. Pemberian Geran Sepadan ini sedikit sebanyak dapat menggalakkan keluarga yang berpendapatan rendah untuk menabung demi masa depan anak-anak mereka. Jadi, apa kelayakan lain untuk mendapatkan geran ini?

Kelayakan

  1. Pendeposit mempunyai pendapatan bulanan keluarga (gaji pokok) tidak melebihi  RM2,000;
  2. Penerima manfaat (anak) diterima dan mendaftar masuk ke mana-mana Institusi  Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Kerajaan pada peringkat diploma dan ke atas; dan
  3. Penerima manfaat hendaklah berumur kurang daripada 29 tahun semasa permohonan pengeluaran Geran Sepadan.

Jumlah pendapatan keluarga : pendapatan ibu + ayah < RM2,000

Geran Sepadan : Berapa jumlah geran saya?

Semuanya bergantung kepada jumlah simpanan di dalam SSPN dan had masa penyimpanan anda. Lebih lama pembukaan akaun anda dan lebih banyak jumlah simpanan anda, lagi banyaklah geran sepadan yang akan diberikan kepada anda (tetapi jumlah geran sepadan maksima ialah sebanyak RM10,000). Tetapi sebelum memohon, sila rujuk kelayakan anda dahulu!

Syarat Baru PTPTN

Ini syarat baru untuk sesiapa yang ingin memohon geran sepadan :

Bagi pembukaan akaun SSPN-i mulai 15 Januari 2010 - Kelayakan Geran Sepadan adalah berasaskan pendapatan keluarga pendeposit semasa pengeluaran simpanan atau penutupan akaun. Salinan slip gaji/penyata pendapatan yang terkini hendaklah disahkan oleh pihak diberi kuasa serta salinan MyKad/Kad Tentera/Kad Polis pasangan diperlukan untuk pendeposit yang berpendapatan bulanan keluarga (gaji pokok) tidak melebihi RM2,000 sebulan bagi pertimbangan pemberian Geran Sepadan semasa pengeluaran simpanan atau penutupan akaun.

Bagi pendeposit sedia ada yang membuka akaun sebelum 15 Januari 2010 - Penentuan kelayakan Geran Sepadan adalah kekal iaitu berasaskan pendapatan keluarga pendeposit semasa pembukaan akaun. Salinan slip gaji/penyata pendapatan yang dikemukakan semasa pembukaan akaun hendaklah disahkan oleh pihak diberi kuasa serta salinan MyKad/Kad Tentera/Kad Polis pasangan diperlukan untuk pendeposit yang berpendapatan bulanan keluarga (gaji pokok) tidak melebihi RM2,000 sebulan bagi pertimbangan pemberian Geran Sepadan.

SSPN : Apa kelemahannya?

Sama seperti simpanan akaun yang lain, skim SSPN ini juga ada kelemahannya. Antara kelemahan SSPN ini ialah :

Pengecualian Cukai TIDAK diberikan kepada pendeposit akaun sendiri.

Pengecualian cukai adalah salah satu insentif SSPN unutk menggalakkan ibu bapa menabung untuk masa depan anak mereka, jadi manfaat ini tidak diberikan kepada sesiapa yang membuka akaun sendiri tanpa penerima manfaat.

Pengeluaran Wang

Anda mahu mengeluarkan wang daripada SSPN? Hanya pendeposit sahaja yang boleh mengeluarkan wang daripada simpanan, dan sebanyak setahun sekali sahaja. Amaun maksima yang boleh dikeluarkan pula cuma sebanyak RM500 atau 10% daripada baki simpanan akaun. Pengeluaran 100% boleh dilakukan tetapi untuk membuat pengeluaran atau penutupan akaun SSPN, penerima manfaat perlu memenuhi salah satu daripada kriteria berikut :

  • Diterima masuk ke IPT ;
  • Terkeluar daripada sistem pendidikan secara sukarela atau diberhentikan atas sebab-sebab tertentu;
  • Sakit berterusan yang tiada peluang untuk sembuh dengan pengesahan doktor perubatan Kerajaan;
  • Keilatan kekal dengan pengesahan doktor perubatan Kerajaan;
  • Kematian penerima manfaat;

SSPN : Patutkah saya buka akaun?

Semuanya bergantung kepada pilihan anda, tetapi jika anda tidak mempunyai penerima manfaat dan ingin membuka akaun untuk tujuan dividen sahaja, ada simpanan lain yang boleh memberi keuntungan yang lebih! Tetapi jika anda mempunyai anak, SSPN ini adalah permulaan yang bagus untuk anda menabung untuk masa  depan pemblejaran anak anda (dan anda juga boleh mandapat insentif pengecualian cukai!)

 

 

 

 

 

 

Comments

Tagged , ,

Tell your friends!

DARTH SAVER PERLUKAN MAKANAN
+1 kami di Google+